Friday, November 30, 2007

dari kaca mata ku

Kenapa dunia berubah..kerana manusia berubah..kenapa manusia berubah..kerana kehendak berubah..kenapa kehendak berubah..kerana yang berada di depan mata tidak lagi memuaskan hati...betulkah pernyataan aku...pembaca diluar sana berhak menilai dan bersetuju ataupun tidak dengan pernyataan aku...adaptasi dengan kehidupan realiti yang sering berlaku di sekitar kita.tetapi adakala kehendak manusia itu tidak berubah..tetapi hanya keadaan yang berubah membuatkan manusia itu sukar untuk mencapai kehendaknya..baik dalam rutin harian,pemikiran,tanggungjawab,kehidupan,tujuan,tekanan,perasaan mahupun dalam sesuatu perhubungan.

aku ambil contoh perhubungan....apakah yang menjadi kehendak dalam sesuatu perhubungan?kesetiaan,kejujuran,keikhlasan,cinta,kesabaran,persefahaman,kemesraan,ketelusan,kasih sayang,kepercayaan,toleransi dan perhatian.aku tidak tahu jika ada pembaca diluar sana yang turut memasukkan "kekayaan,kemewahan dan kemasyhuran' didalam "kehendak" kerana itu bukan kehendak aku dalam perhubungan.jika salah satu dari yang aku sebutkan di atas hilang,apakah pembaca akan lakukan..ada sahabat aku pernah memberitahu ..ibu bapa nya ada memberi pendapat di saat sahabat ku di dalam kekeliruan keresahan dan kesedihan,bapa sahabat ku mengatakan :

" di dalam hidup cuma ada dua pilihan dlm menghadapi masalah..'u live with it or back off'.."
samada kita hidup dengan keadaan itu atau kita berundur dan mengambil langkah untuk pergi dari masalah itu....aku memberi sekali lagi pilihan kepada pembaca...hak anda...dalam perhubungan aku mengambil pilihan hidup dengan keadaan itu.tetapi bukan sekadar hidup dengan keadaan itu tapi aku harus cuba untuk mengisi dan mencari yang hilang itu..dalam mendapatkan semula yang hilang itu aku memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...memberikan kasih sayang dan cinta yang mendalam supaya dia terus setia dan jujur agar persefahaman timbul dan memberikan perhatian dengan ikhlas...aku akan mencari kesemuanya untuk melengkapkan sesuatu perhubungan...dalam perhubungan pembaca apa yang anda perlukan...apa yang telah anda miliki ..dan apa yang anda telah kehilangan..jawapan ada pada diri sendiri....

aku amat mengagumi pasangan yang bertahan bertahun lamanya...betapa banyak perit jerih dan cabaran yang dilalui dalam mengharungi sesebuah perhubungan...bukan sesuatu yang enteng untuk mempertahankan sesebuah hubungan...andai salah seorang pasangan tidak memberi komitmen penuh..salah seorang lagi harus bersabar dan cuba sedaya upaya untuk menambah keharmonian dan seri perhubungan itu.apa yang membuatkan seseorang itu tidak memberi komitmen?

adakah jika pasangannya sentiasa memberikan apa yang diperlukan ..memenuhi segala kehendak..mengisi segala kekosongan..mendengar segala rintihan..mengesat segala kesedihan...bermakna kita meletakkan seseorang itu didalam zon yang selesa.di mana dia tidak perlu gusar dan risau kerana didalam mindanya pasangannya akan sentiasa berada di sisinya dan sentiasa memberi sokongan walaupun tidak diendahkan...adakah apabila dia sentiasa berada di sisi dalam apa jua keadaan dan berkongsi segalanya bermakna dia tidak perlukan perhatian ataupun ungkapan berharga untuk halwa telinga hanya kerana dia tidak pernah mengutarakan keinginan hati dan tidak pernah menyatakan masalah yang dia hadapi..adakah dia kelihatan begitu sempurna tanpa diberi tepukan semangat agar terus berdiri untuk pasangan yang sering memerlukan....adakah jatuh ego seseorang itu apabila melafazkan kata cinta atau ucapan sayang pada pasangannya?bagi ku tidak...dengan kesempurnaan kemesraan yang terjalin dan perhatian yang diberikan itu lah yang menjadi kunci kepada kegembiraan dan pintu kepada keperluan2 dalam perhubungan di atas...bila diselubungi kegembiraan,bermakna ada persefahaman dan ketelusan,keikhlasan yang wujud memberi ruang kepada toleransi dan membawa kepada keserasian yang mengukuhkan rasa cinta...itu pendapat aku...terpulang pada penilaian pembaca...sampai disini sahaja coretan hati aku...

p/s:aku juga selalu memikirkan apa lagi yang perlu dilakukan untuk menambah seri dan keharmonian dalam perhubungan....hal ini menuntut kesabaranku di tahap yang sangat tinggi ..dan aku meletakkan ego aku serendah rendahnya dan sentiasa memaksa diri untuk berfikir positif supaya tiada perkelahian berlaku...namun jika tiada masa yang diperuntukkan untuk menjana keperluan perhubungan seperti di atas,kadangkala arus perhubungan itu bergelora tanpa dikawal..tetapi ayahanda ku yang tersayang selalu menasihatkan ..' kita harus sentiasa berfikiran positif dan bersabar dalam perhubungan..sentiasa mengalah dan mengalah bukan tanda kalah...cuba beri yang terbaik dan lebihkan memberi dari meminta...namun jangan biarkan hubungan itu hambar dengan salah seorang sahaja yang terus memberi dan salah seorang lagi selesa dengan keadaan yakin kita tidak memerlukan sesuatu dari nya hanya kerana kita tidak menyatakan..walaupun sudah dinyatakan tetapi kita masih tidak mendapat apa yang diperlukan...mungkin hanya setakat itu yang tuhan berikan kepada kita..tidak ada manusia yang dapat memenuhi kehendaknya dengan sempurna....dan kata kata terakhir ayahanda ku juga ..'atau kita perlu hidup dalam keadaan begitu'...sama seperti ayahanda sahabatku...mujur ayahanda ku sering memberi kata semangat dan nasihat tatkala aku turut mahu mendengar kata2 yang diharapkan dari bibir insan lain...dan kini aku hanya memberi perhatian kepada ibu bapa pelajaran dan kehidupan ku ..insyaallah ..jika hidup dengan ikhlas..allah akan penuhi kehendak kita..biarlah kadangkala hidup dengan kecewa jangan hidup derita di akhirat....itu kata2 azimat ayahanda ku...

No comments: