Friday, November 30, 2007

sedikit kekecewaan dan kelegaan







Thanx kepada pembaca yang still membaca artikel kat ruangan aku..walaupun tak ada yang menarik tapi anda masih setia menekan tetikus masuk ke site ni..terima kasih...
Hampir 1.13pm...hari ni aku ada exam paper Politik Perundangan..pukul 2.30 ptg nanti...bermakna aku perlu bertolak dalam jam 1.30..tapi adakah aku bersedia untuk peperiksaan hari ni...tidak..aku tak bersedia langsung sedangkan aku dapat markah yang bagus dalam beberapa ujian bulanan untuk paper ni...kenapa aku jadi begini...aku pun keliru..kepala aku penuh dengan kekeliruan..serabut yang tak dapat dirungkai....aku terlalu penat..dengan tekanan dari pelbagai sudut yang datang tanpa sempat aku tepis...aku keseorangan dalam menahan diri aku ditimpa tekanan dan masalah yang bertalu2...aku tiada siapa untuk mengadu..hanya ruangan ini yang mampu mengurangkan sedikit beban dihati tatkala begitu sukar untuk aku mencari seseorang yang memahami atau sudi memahami apa yang terpahat di dalam hati aku...

aku berjalan perlahan2 ke kolej sahabat aku yang terletak di depan kolej kediaman aku ..dalam lingkungan pukul 11.30mlm semalam...dengan harapan aku mendapat sedikit tempias kegembiraan yang wujud di dalam bilik sahabat aku kerana aku tahu 2sahabat ku periang dan sedia berkongsi masalah dengan aku..aku melangkah masuk ke dalam bilik...aku menunggu sahabat aku habis mandi ..dengan fikiran yang melayang2 bersama nota politik perundangan yang dibawa..aku bersandar ke katil dan mendongak ke siling...memikirkan apa yang aku patut buat dan apa yang berada didalam kepala aku...aku cuba mencari ketenangan di bilik itu supaya aku mendapat kekuatan dan menolak segala kekeliruan buat sementara untuk terus fokus kepada pelajaran...tapi aku tak berjaya..sahabat aku masuk dan dengan hanya melihat muka aku yang sembab dan macam rupa pengemis sahabat aku bertanya...kenapa dengan aku..aku kelu tak tahu apa yang sepatutnya aku katakan..aku terus diam ..dan diam...sampai satu saat airmata aku jatuh juga.sahabatku hanya membisu dan menunggu bait kata yang keluar dari bibir aku...

p/s:(aku berhenti dari menaip bingkisan ini ...terpaksa menghadapi peperiksaan dalam keadaan yang tidak tenang dan serabut...)




(p/s:...aku baru pulang dari exam...sambungan)masa terus berlalu..aku terus berada di bilik sahabat aku..berborak bertukar2 cerita tentang kehidupan..pensyarah..angan perkahwinan,,macam macam..perasaan aku kembali hangat...sampai jam 5pagi aku berjalan balik ke kolej...kesejukan pagi membuatkan aku sedar nota ditangan ku belum dibuka...sampai di bilik..aku baring..lengan ku rehatkan di dahi...memandang ke siling...kosong..fikiran ku jauh menerawang...menunggu sesuatu yang tidak mungkinku terima....hati aku mula sebak semula..aku terus menangis dan menangis sehingga puas...sedar2 jam 9pagi...berjam jam aku menangis...mataku pedih dan kepala aku mula pening...aku bangun dan terus duduk di meja study...termenung..aku berbalas sms dgn seseorang..aku cuba meluahkan ketidakpuasan hati aku yang memerlukan sesuatu...perselisihan berlaku..dan aku semakin penat dengan keadaan dengan memikirkan peperiksaan sekejap lagi....aku menghubungi mama..aku cuba meluahkan perasaan pada mama.dan mama mendengar setiap kata kata yang keluar dari mulut aku...pertama kali aku menangis bercakap dengan mama di telefon dan ternyata reaksi mama tak senang dengan situasi dan keadaan aku yang tertekan dengan peperiksaan dan hal hal lain..aku hanya bercakap sekejap saja dgn mama...dan terus sambung sms dengan mama...mama marah sesiapa saja yang membuatkan aku menangis kerana aku satu satunya anak mama..dulu hubungan aku dan mama seperti kucing dan anjing..dan aku juga pernah membenci mama..tetapi kami semakin baik dan saat aku bercakap dengan mama tentang masalah aku baru aku dapat merasakan perasaan seorang anak berkongsi masalah dengan ibu...dan aku bersyukur dapat kesempatan begini..mama terus memberikan nasihat supaya tidak putus asa dan tabah dengan situasi yang dihadapi...mama tahu aku bukan jenis yang terbawa2 cuma kali ini aku menghadapi pelbagai tekanan menjadikan aku berada di luar kawalan seketika...

tiba tiba aku mendapat satu panggilan dari seseorang...aku teragak2 untuk menjawab panggilan...akhirnya aku menjawab panggilan dan cuba menahan diri aku supaya tenang...tetapi aku tetap menangis..aku seorang yang mudah tersentuh jangan salahkan aku jika aku mudah mengeluarkan air mata...aku cuba bercakap setenang yang mungkin dan cuba menyelesaikan segalanya...sebab aku tidak suka memanjangkan cerita...panggilan 2minit lebih itu bermakna...sgt bermakna...tamat panggilan,aku bangun dan berdiri di muka pintu mengambil angin pagi..sunyi sepi..semua kebanyakan sudah bergembira di kampung halaman..aku?tempat yang akan aku pulang nanti bukan lah tempat yang menggembirakan...begitu juga disini..aku tetap keseorangan...hanya satu tempat dimana mampu memberikan kegembiraan padaku bila dekat pada seseorang.....hanya satu tempat...

aku terus mandi,bersiap dan langsung tak membuka nota..aku hanya berbekalkan ilmu yang aku ingat di ajar di dalam kelas...aku mula menaip luahan hati aku di laptop..langsung tiada kegusaran tentang peperiksaan...sampai masa aku terus ke dewan peperiksaan...dalam perjalanan melalui blok A di depan blok aku..salah seorang kawan ku dari yang berasal dari kelantan menegur keadaan aku dan muka aku yang seperti orang sakit...aku hanya memberi alasan aku demam...sampai di dewan aku rasa seronok melihat ramai kawan2 ..beratus2 orang berhimpun teruja untuk masuk ke dewan konvokesyen yang dijadikan sebagai dewan peperiksaan hari ni..aku cuba menegur kawan2 seramai mungkin..aku berasa lega dapat bergelak ketawa..dan salah seorang rakan sekelas ..yang aku tidak pernah tegur...dia cuba beramah mesra aku dan yana...dalam hati aku terdetik...rupanya budak lelaki ni taklah sesombong yang aku sangka...aku saja yang susah menegur kawan2 lelaki ...ntah kenapa..fitrah aku sejak lahir agaknya..

sebaik sahaja pelajar untuk kertas politik dan undang2 antarabangsa diumumkan untuk masuk,aku dan kawan2 mula menjejakkan kaki ke dalam dewan konvokesyen yang dijadikan sebagai dewan peperiksaan pada hari ni...sebaik aku duduk pensyarah aku untuk subjek ni Dr.Shamsudin Taya yang berketurunan Filipina tetapi memeluk islam terus datang pada aku dan terus bertanya:

"did u submit ur group assignment to me?"yes.whats wrong sir?'"i didnt receive ur assignment and i gave zero for ur group"
aku tersentak...sedangkan aku dan kawan2 aku sudah lama hantar tugasan sebelum hari yang patut dihantar tugasan itu kami hantar..tetapi bukan semua yang hantar..editor terakhir adalah kawan ku nurul yang selalu bermasalah dalam menghantar tugasan...aku bertanya pada nurul dia mengaku ada menghantar tetapi Dr shamsudin tetap mengatakan tiada tugasan yang diterima.hati aku mula tak sedap..esok aku bercadang untuk berjumpa Dr shamsudin sebelum pulang..

"i'll make sure u will get our assignment""u better ,by the way..i still remember ur name because my daughter's name same as yours"

dia senyum dan terus berlalu...
aku menjawab soalan dgn rasa mengantuk..mata pedih..dengan suasana yang amat sejuk..kuku aku bertukar biru dan mula bermasalah untuk menulis..terlalu sejuk...aku semakin mengantuk dan aku mula membaringkan kepala di atas meja..hidung aku makin sakit sehingga mencucuk ke pangkal hidung sampai ke dahi..mataku semakin pedih sehingga aku terpaksa menutup mata sebelah kiri dan menutup hidung dan bernafas melalui mulut..tak tertahan dengan keadaan sejuk...aku yang sememangnya tak tahan dengan keadaan sejuk menggigil sehingga tak mampu menulis...aku hanya meletakkan kepala di meja...akhirnya siap...jam 4.30ptg...


peperiksaan tamat jam 5.aku bergegas berkemas dan terus keluar dewan dan memberikan senyuman kepada Dr shamsudin yang duduk di belakang...aku keluar dan menunggu teman sebilik di luar dewan sambil berborak dengan rakan2 yang sudah keluar terlebih dahulu..
teman sebilik aku keluar dengan keadaan kesejukan..sedangkan dia yang memakai baju sejuk pun kesejukan apatah aku yang langsung tidak memakai baju sejuk atau mafla...dia terus datang dan menegur aku dan kawan2

"iman,tadi semua abang2 jaga exam tu yang lalu sebelah ko semua tengok ko macam ni"
yana meniru gaya abang2 pengawas peperiksaan mengintai aku menjawab soalan dengan kepala di meja...

"lepas tu pak din (nama samaran dr.shamsudin) terus g meja ko tengok answer paper ko,,berkenan tul dia kat ko..."
kawan2 aku semua ketawakan aku..merah juga muka aku...aku terus berborak dengan kawan2...semua nya akan pulang awal..cuma aku yang akan bertolak balik 1hb..menunggang motor dari kedah ke perak...azab yang bakal dilalui sepanjang perjalanan sudah dapat ku bayangkan tetapi redha sajalah...

aku balik...mencari makanan ..kelaparan yang teramat sangat...di cafe kolej tiada apa untuk dimakan...aku berjalan ke cafe kolej perwaja dibelakang..berjalan sampai menahan sakit perut yang sudah kembung akibat kosong dan kesejukan didalam dewan...mujur ada sardin dan sayur2an..cukup lah..asalkan perut berisi...aku berjalan pulang,,,mengisi perut sambil menyiapkan luahan hati..sehingga sekarang jam sudah 6.10....terima kasih kerana terus membaca...hati aku dah lapang dan sedikit lega...

aku terus duduk sambil mendengar lagu...cuba hilangkan tekanan...sampai jam 7..sahabat aku datang baby n reen...baby belikan aku kek secret receipe chocolate indulgence favourite aku...supaya feeling aku lebih elok..fakta mengatakan chocolate elok untuk menenangkan jiwa dan membuatkan diri terbuai2 seperti dalam keadaan bercinta...aku pun tak pasti betul atau tidak ...tapi apa yang pasti aku suka pemberian sahabat aku...walaupun ramai yang berfikiran dan bersangka buruk dengan sahabat aku hanya kerana perwatakan dan pemakaiannya serta pergaulannya yang sosial..hanya aku yang tahu betapa tulus hatinya apabila menjadi seorang sahabat....aku tahu betapa jujur hatinya sehingga tiada rahsia antara aku dan dia...bila ada yang datang cuba merosakkan persahabatan aku dan dia bersikap terbuka dan berbincang dengan baik tentang apa yang berlaku...kerana itulah aku tidak mengendahkan segala tohmahan orang kepada sahabat2 ku....sampai di sini sahaja..aku memerlukan rehat yang secukupnya..esok ada lagi hal yang perlu diuruskan...

(p/s:kepada sesiapa...aku minta maaf ini cuma luahan hati aku sahaja...tiada cerita yang hebat..terima kasih kerana membaca sehingga ayat yang terakhir)

-catatan pada 28/11/07

2 comments:

Anonymous said...

I pun suka chocolate indulgence! Menenangkan jiwa dan mengeringkan poket... hahahahaha!

Anonymous said...

hodohnye gambo aku 2...haha...